Alat dan Bahan

Alat dan bahan yang digunakan untuk membuat batik:
Alat:
1. Canting 
Alat ini diperbuat daripada tembaga dan digunakan untuk melakar lilin cair ke atas permukaan kain putih.Canting terdapat dalam pelbagai rupa dan bentuk seperti canting satu corong, corong berkembar dua atau lebih. Saiz corong yang berlainan akan memberi kesan pelilinan yang berbeza.




2.  Pemidang kayu.
Pemidang digunakan sebagai peregang kain dalam proses mencanting dan mewarna.


3. Berus
Berus terdiri daripada beberapa saiz untuk menyapu bahan pewarna dan juga lilin cair.



4. Dapur atau Plat Pemanas (Hot Plate)
Dapur digunakan untuk memanas dan mencairkan bahan campuran lilin.

5.Periuk 
Periuk digunakan sebagai bekas untuk memasak bahan campuran lilin.


6. Bekas besar.
Beberapa bekas besar yang sesuai digunakan untuk mencelup, merendam dan merebus kain.

Bahan:
  1. Fabrik putih. (Jenis sutera, kain kapas, crepe, poplin, drill, lawn dan rayon.)
  2. Campuran lilin. (Lilin parafin, lilin lebah, damar (rosin) dan minyak kelapa.)
  3. Pewarna. (Jenis reactive dye seperti Remazol atau Primazin).
  4. Pemati warna (fixer). (Cecair natrium silikat (sodium silicate ) untuk proses mematikan warna.  Fabrik direndam dalam natrium silikat untuk mengekalkan corak serta warna.)
  5. Debu soda (soda ash).  (Debu soda digunakan untuk menanggalkan lilin yang melekat pada fabrik dalam proses merebus.)
  6. Pelembut fabrik (Sooftner).  (Pelembut dicampurkan pada bilasan terakhir untuk melembutkan fabrik.